dina avocado



Mari Belajar Menanam Avocado Bersama Idin Bin Ariffin.
Lokasi Kebun: Tambunan, Sabah



Add caption















Avocado (Persea americana) adalah salah satu jenis buah yang berasal dari Amerika Tengah dan Mexico. Avocado berasal dari keluarga Lauraceae dan genus Persea dengan nama latin Persea Americana. Avocado memiliki pohon  ketinggian dapat mencapai sekitar 20 meter, daunnya memiliki panjang sekitar 12 cm-25 cm. Buah avocado berbagai bentuk dengan biji berukuran 3 cm- 6,4 cm didalamnya, kulit buahnya berwarna hijau tua sampai ungu keperangan tergantung varieti. Daging buahnya bertekstur lembut dengan warna kuning muda pada bahagian dekat biji dan berwarna hijau muda dibagian dekat kulit buah. Avocado memiliki banyak manfaat seperti mencegah risiko penyakit stroke, menjaga kesihatan mata, membantu menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh,kecantikan kulit dan banyak lagi. Kesedaran  manfaat dari avocado, kini ramai orang yang membudidayakannya.



Malaysia..
Pada umumnya Avocado adalah tanaman bermusim. Pokok avocado berbuah sekali setahun dan kadangkala ada yang tidak berbuah selang setahun. Pada musim buah, berlaku lambakan buah avocado menyebabkan  persaingan pasaran dimana harga jatuh dengan amat ketara. Pada penghujung musim buah, berlaku lagi gelombang kenaikan harga sehingga 2 kali ganda sehinggalah pada ketiadaan buah terpaksa menerima bekalan dari negara jiran seperti Indonesia dan Filipina.


Avocado Dina
sejenis avocado mula dikembangkan bermula March 2019 oleh Idin Ariffin. pengembangan melalui kaedah Teknologi Pertanian iaitu cantuman. Klon terbaik dikongsi bersama



Add caption






Dina Avocado
Ditanam sekitar bulan Oktober 2016.(grafted Avocado)
Berdasarkan pengalaman menanam 8 pokok (grafted). Anak benih berumur sekitar 8 bulan dengan ketinggian 13 inci.


Dengan penjagaan sempurna, pembajaan mengikut jadual menggunakan baja NPK 15:15:15 mengikut urutan 3 bulan sekali. Pertumbuhan  amat baik tanpa sebarang serangan penyakit. Disamping itu pokok disembur baja foliar dan pencegahan penyakit iaitu racun serangga dan racun kulat.




Avocado Dina
Mula berbunga seawal 22bulan (Ogos 2018) dan berbuah sempurna seawal 2 tahun.


Add caption

Avocado Dina
Kelihatan unik kerana proses pembungaan terus menerus di setiap pucuk dan keluar dicelah-celah barisan daun. Apa yang lebih membanggakan apabila berterusan berbunga setiap hari bermula dahan terbawah kemudian dahan peringkat ke dua dan seterusnya berganti dahan hingga ke dahan terakhir di puncak. begitulah keadaannya berputar setiap
bulan. Untuk satu pokok, Dina beraksi dengan 5 peringkat dalam satu musim
>berbunga
>buah saiz guli
>buah saiz telur
>buah sebesar genggam
>buah matang (sedia dituai)
Add caption
               

Avocado Dina
begitu cemerlang apabila mula matang setelah 6 bulan dan berwarna merah kehitaman (masak anggur merah) apabila masak. Oleh kerana penghasilan buah setiap hari maka tuaian dilakukan setiap minggu. Latihan penuaian adalah amat penting untuk mengenali buah matang.

Avocado Dina
Mula dituai sekitar March 2019 dengan beratnya mencapai 700gm sebiji. Purata buah 500gm/buah. Menariknya jumlah buah dituai, perkiraan dapat dinilai dengan kiraan 2biji sekilo. Berat tuaian sudah dijangka.

Avocado Dina
setakat  bulan Ogos 2019 adalah tuaian terakhir dengan Rekod tuaian selama 5 bulan berturut turut setiap minggu dari 4 pokok manakala 2 pokok berterusan pengutipan hasil dan dijangka sehingga 8 bulan tuaian. Rekod tuaian berikutnya akan dimasukkan ke tahun seterusnya. 2 pokok selebihnya masih dalam peringkat penyesuaian proses keberjayaan.





Rekod audit Avocado Dina

  1. Jumlah dianam 8 pokok(OKT2016)
  2. 4 pokok berbunga dan berbuah serentak(Ogos 2018)
  3. 2 pokok berbunga dan berbuah (september 2018)
  4. mula dituai March 2019
  5. tuaian terakhir 4 pokok (Ogos2019)
  6. 2 pokok berterusan dituai sehingga (DEC2019) berdasarkan buah  berperingkat.
  7. 2 pokok (baki daripada 8 pokok) berbunga dan berbuah sedikit (Ogos 2019). proses pembuahan.
  8. 8 pokok berbunga dan berbuah sepenuhnya setelah berumur 3 tahun.
xxx KUTIPAN DATA BERDASARKAN PENGALAMAN MENANAM SENDIRI DAN REKOD DIAMBIL MASIH TERLALU AWAL UNTUK DINILAI. xxx


Avocado Dina
ditawarkan dengan harga borong RM15/kg diluar musim buah, manakala musim banjir buah  avocado berharga RM5/kg. Berbekalkan kulit dan isi tebal, Avocado Dina kekal cemerlang dikalangan penggemarnya. (data 2019)

Pengambilan tunas Dina menyebabkan kerosakan pengeluaran bunga baru dan pertumbuhan agak terjejas.  Pengambilan tunas dilakukan  sekitar April (pokok berusia 2tahun setengah)

Rasa buah pertama dan kedua tidak begitu meyakinkan tetapi buah ketiga dan seterusnya semakin baik. Rasa lemak yang enak diselangi kemanisan percuma.

Pemangkasan dilakukan seawal setahun bertujuan pembentukan pokok  dan keseimbangan. Ia juga dapat mengurangkan serangan penyakit yang bersarang di bawah dedaunan.

Jarak Tanaman 6 meter x 6 meter. Seekar memuatkan 109 pokok bersamaan 278 pokok sehektar.








Saiz Ekonomi Ladang

avocado bermusim (setahun sekali berbuah)
Jangkahayat ekonomi 20 tahun
Jumlah kos pengeluaran RM 56,685 sehektar
Jumlah pendapatan kasar RM 107,640.00
Jumlah pendapatan bersih RM 50,955.00
Pendapatan bersih buruh keluarga 3717.55
Kadar pulangan balik modal tahun ke 9
(sumber: Teknologi Pengembangan Tanaman Avocado Jabatan Pertanian Tawau)
MARCH 2010



AVOCADO TANPA MUSIM
DINA AVOCADO
Jangkahayat ekonomi 20 tahun
Jumlah kos pengeluaran RM 56,685 sehektar
Jumlah pendapatan kasar RM 107,640.00 x 3 (kali tuaian setahun)?
Jumlah pendapatan bersih RM 50,955.00 x 3 (kali tuaian setahun)?
Pendapatan bersih buruh keluarga 3717.55 x 3 (kali Tuaian Setahun)?
Kadar pulangan balik modal tahun ke 5

Rekod tuaian terendah setahun setakat ini 5 kali. (OGOS 2019)
Rekod Tuaian Tertinggi dijangka 7 kali setahun sehingga December 2019




Comments

  1. Terbaek... saya tanam 5 pokok keliling rumah. Jenis bulat besar. Baka saya bawa balik dari Laos... setakat ni subur cantik... tapi kawasan kecil... tak tahu cara nak pangkas dahannya...

    ReplyDelete
  2. Sumber motivasi terhebat terutamanya untuk orang yang baru berjinak-jinak dengan tanaman avocado. Semoga terus maju jaya.

    ReplyDelete
  3. Thaniah Tn Idin. Nanti saya dtg melawat sambil beli bibit Dina.

    ReplyDelete
  4. Congratulations.
    Amazing

    ReplyDelete
  5. Congratulations.
    Amazing

    ReplyDelete
  6. Slm tuan..kalau luas tanah 10 ekar, berapa agak² kos utk tanam ni buah?

    ReplyDelete
  7. Radang Paru-paru Copd.

    Saya Abd Kadir bin Sumardi, 42 tahun. Saya disahkan mengidap radang paru-paru pada akhir tahun 2020. Petanda awal sakit saya ialah batuk tak berhenti selama 3 bulan. Batuk yang berkahak dan adakala nya berdarah. Setelah mendapatkn rawatan di pelbagai klinik kerajaan dan swasta , batuk tetap tak baik, sukar bernafas dan dada terasa sakit sangat.
    Banyak rawatan alternatif dari produk luar saya ambil tapi tak berkesan. Kemudian saya buat x-ray dan mendapatkan rawatan hospital. Doktor pun mengesahkan saya mengidap radang paru-paru akibat dari pencemaran alam sekitar yang mengandungi bahan kimia. Untuk makluman, saya bekerja dalam persekitaran yang mengandungi pencemaran bahan kimia. Setelah itu sahabat saya telah terlihat di facebook berserta testimonial pesakit. Lalu dia pun memperkenalkan kepada saya untuk mencuba produk tersebut. Saya pun menghubungi pengasas produk tersebut En. Zuhairi dan mendapatkan nasihat daripada beliau. Beliau mengesyorkn saya untuk mencuba. Alhamdulillah dalam 2 minggu dah terasa perubahan .Batuk samakin berkurang. Saya terus mengamalkan 2 jenis jus itu selama beberapa bulan sampai masalah pernafasan dan batuk terus semakin baik. Menurut En. Zuhairi, masalah saya ini ialah paru-paru copd iaitu sakit yang tiada ubatnya dan pesakit perlu menggunakan oksigen sekiranya semakin teruk. Tapi Alhamdulillah sehingga kini saya terus mengamalkan. Syukur pada Allah mengenalkan saya dengan En. Zuhairi
    Semoga beliau berjaya membantu pesakit lain juga di luar sana untuk sembuh dengan produk ini.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser gout kronik dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..��

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay����
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ��Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..����


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ��kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas perkongsian anda! Anda boleh pesan avocracy avocado dari GoFruits Malaysia.

    ReplyDelete
  9. Thank You and I have a dandy give: How Much Home Renovation Cost house renovation estimate calculator

    ReplyDelete

Post a Comment